9 Cara Ini Yang Paling Efektif Untuk Gandakan Simpanan, Tetapi Jarang Digunakan

9 Cara Ini Yang Paling Efektif Untuk Gandakan Simpanan, Tetapi Jarang Digunakan

By Azleen Abdul Rahim

 

RAMAI yang tahu menyimpan, tetapi menggunakan cara yang lambat. Cara orang lain mungkin sesuai, tetapi biasanya tidak sesuai dengan kita. Kehidupan kita berbeza, pendapatan dan perbelanjaan juga tidak sama, budaya kita juga lain. Apatah lagi dengan hadirnya sambutan perayaan yang pelbagai, membuatkan kebolehan kita menyimpan kita agak terjejas.

“Cara orang lain mungkin sesuai, tetapi biasanya tidak sesuai dengan kita.”

Jom kita tengok bagaimana cara yang paling mudah, tidak perlukan usaha yang keras dan cepat untuk gandakan simpanan kita tahun ni.

Peraturan 10-20-70. Maksudnya, setiap pendapatan yang kita dapat sama ada gaji, upah, elaun, komisen, ataupun untung dari perniagaan part-time perlu diagihkan dengan cara ini. 10 peratus perlu ditolak awal-awal. Konsep ‘pay ourselves first’ hendaklah dipupuk dari sekarang. Kalau tak, memang sampai bila-bila pun kita tidak akan dapat menyimpan. 20 peratus perlu diasingkan untuk pembayaran hutang. Rumah, kereta, duit kawan-kawan dan pinjaman peribadi. Lama-kelamaan hutang ini pasti akan selesai jika kita berdisiplin. 70 peratus lagi untuk kita hidup, untuk bayar perbelanjaan rumah, bil-bil, duit sekolah anak, minyak kereta dan tol, untuk ibu dan ayah dikampung dan sebagainya.

Pelaburan dan simpanan kecemasan. Dengan 10 peratus duit untuk disimpan tadi, asingkan simpanan untuk pelaburan jangka panjang dan simpanan untuk kecemasan mengikut nisbah 70:30. Apabila simpanan kecemasan tadi cukup untuk pastikan kita mampu bertahan selama 6 bulan tanpa gaji, kita boleh mula untuk lebih fokuskan kepada simpanan jangka panjang. Manakala simpanan jangka panjang pula perlu untuk zaman umur-umur pencen kita nanti. Untuk mendapat lebih keberkatan dengan wang simpanan kita, harus bijak memilih jenis pelaburan yang hendak dilakukan – yang berteraskan syariat Islam.

Insurans. Ini amat penting untuk kita tidak menggunakan wang simpanan kita apabila berlaku sesuatu kemalangan atau natijah. Tanpa perlindungan insurans, hampir pasti wang simpanan akan digunakan ataupun terpaksa meminjam dari orang lain. Jadikan ia seolah-olah satu perbelanjaan bulanan, dan masukkannya sebahagian daripada yang 70 peratus tadi. Memandangkan 70 peratus tadi tidak sebesar mana, pilihlah insurans yang murah tetapi mempunyai perlindungan yang menyeluruh seperti UforLife.

Guna kereta terpakai. Kereta baru memang bagus, bergaya tetapi ia mahal dan nilainya akan susut dalam setahun dua pertama penggunaannya. Dari aspek penjagaan, kereta baru lebih predictable berbanding yang terpakai, namun sekiranya dijaga setiap bulan dan diservis apabila sampai tempohnya maka penjagaan kereta terpakai juga sama predictable dengan kereta baru. Jadi dengan nilai yang murah, pinjaman kereta akan cepat selesai.

“Konsep pay-ourselves-first mesti ada. Kalau tak, memang sampai bila-bila pun kita tak akan dapat menyimpan.”

Tabung pendidikan anak-anak. Lagi satu ‘perbelanjaan’ yang perlu diutamakan ialah pendidikan anak-anak. Ini juga perlu jadi sebahagian dari 70 peratus tadi.

Kad kredit. Kad kredit perlu ada sekiranya berlaku kecemasan dan tunai diperlukan segera. Jangan gunakannya apabila tidak perlu. Kita perlu berhati-hati dan mesti bayar balik dengan penuh dalam masa 30 hari sekiranya telah digunakan.

Disiplin dan lakukan kerja rumah sendiri. Kita perlu lebih berdisiplin dalam melakukan tugasan rumah agar kita tidak perlu mengeluarkan wang yang tidak sepatutnya. Kos perbelanjaan seperti pembantu rumah, tuisyen anak, Bangla pemotong rumput dan sebagainya juga dapat dielakkan dan membantu kita tingkatkan simpanan.

Makan diluar. Kebanyakkan dari kita memang suka makan di kedai. Setidak-tidaknya RM50 pasti akan dikeluarkan apabila setiap kali makan. Kalau sehari kita makan di luar, kita telah menghabiskan hampir RM100. Bayangkan dalam sebulan kita telah menghabiskan di antara RM1,500 hingga RM3,000 yang tidak sepatutnya.

Kerja sampingan. Cuba dapatkan kerja sampingan atau perniagaan sampinganyang tidak menggunakan banyak masa dan tenaga tetapi dapat menjana pendapatan yang baik. Ini akan membantu menambah kuasa simpanan bulanan kita.